Thursday, May 27, 2010

TERBAIK?

Assalamualaikum kepada semua khalifah-khalifah pilihanNya,

Musim Exam yang akan menjelma tidak lama lagi membuat semua tidak duduk senang.Semua mula sibuk mempersiapkan diri masing-masing.Ada yang berkata ,

"Aku mesti beri yang terbaik untuk exam kali ini.Aku mesti dapat 5(Excellent)untuk semua subjek".

Ada juga yang berkata sedemikian ,

"I`ll do my very best for this coming exam.May Allah Give the best for me"

Ada juga,

"Aku doa-doakan nak cikgu inilah masa exam.Dia best.Mesti dia akan beri markah yang terbaiklah...5...amin"

Yup,memang betul.Fitrah manusia dilahirkan kebanyakannya berharap dapat melakukan yang TERBAIK dan mendapat result yang terbaik dipenghujungnya.Memang tidak salah sama sekali untuk kita berusaha yang TERBAIK,menjawab yang TERBAIK ,berdoa yang TERBAIK,bertawakal untuk exam nanti.Kerna manusia itu selalu dahagakan kejayaan.Allah pun suka akan hamba-hambaNya yang sentiasa berusaha,berdoa dan bertawakal dalam melakukan sesuatu perkara.Tetapi pernahkah kita semua terfikir mengenai persoalan-persoalan ini dalam kehidupan seharian kita...

Adakah IBADAHKU setiap hari adalah yang TERBAIK aku persembahkan kepada TUHANKU?

Adakah aku telah memberi yang TERBAIK untuk DAKWAHKU yang aku yakini ini?

Adakah aku telah membuat yang TERBAIK dalam melaksanakan MUTABAAH-MUTABAAH AMALKU?

Adakah aku memberi PERTOLONGAN yang TERBAIK kepada rakan-rakanku yang meminta pertolonganku?

Adakah aku memberi yang TERBAIK dalam MELAWAN HAWA NAFSUKU/MUSUHKU(SYAITAN)?

Bilakah akan aku berikan yang TERBAIK dalam ISTIQAMAH dan BERMUJAHADAH di jalan kebaikan ini?

Adakah HATIKU,FIKIRANKU,PERGERAKANKU adalah yang TERBAIK aku lakukan ketika SOLATKU,SAATKU BERTEMU MENGHADAPMU ya ALLAH?

Adakah INFAQKU kepada islam adalah yang TERBAIK yang aku berikan seperti sahabi-sahabi Rasulullah SAW dahulu yang harta mereka adalah cuma untuk pakaian dan tempat tidur mereka?

Adakah bacaan AL-QURANKU hari ini TERBAIK dari hari hari sebelumnya?

Adakah AKHLAKKU,SIFATKU yang TERBAIK sebagai seorang muslim seperti akhlak Rasulullah SAW?

Mampukah aku masuk ke SYURGA FIRDAUSI iaitu syurga TERBAIK kelak bersama-sama Rasulullah SAW?


Tepuk dada tanya iman masing-masing.Apakah yang TERBAIK untuk diri kita sebagai hamba,khalifah yang kita yakini kita akan cuma hidup sementara didunia ini?Carilah,prioritikanlah apa yang TERBAIK untuk diri kita.Sesungguhnya Dia sentiasa memberi pilihan kepada kita semua.MOGA APA YANG TERBAIK KITA LAKUKAN DAN PILIH AKAN DIBERI BALASAN YANG TERBAIK DARI-NYA KELAK.

"Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah(dengan sebab pilihannya yang benar),maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya.Bukankah Allah Maha Kuasa,lagi berhak membalas dengan azab seksa(kepada golongan yang bersalah)?

(39:37)


:Ku hanya mengharapkan redhaMu,Ya Rabb :

No comments: