Saturday, June 18, 2011

Adakah ilmu sebegini yang kita cari selama ini?

Dalam kitab Bidayatul Hidayah, Al-Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa terdapat 6 ciri ilmu bermanfaat,seperti berikut:

1)Ilmu itu menambahkan takut pada dirimu kepada ALLAH.

2)Ilmu itu menambah penglihatanmu akan keaiban dirimu.

3)Ilmu itu menambah makrifatmu dalam beribadah(keseronokan dalam beribadah).

4)Ilmu itu menambahkan kecintaanmu terhadap akhirat dan mengurangkan kecintaan kepada dunia.

5)Ilmu itu membukakan pintu hatimu untuk mengenali bermacam-macam penyakit amalmu sehingga engkau dapat menjauhinya.

6)Ilmu itu menambahkn penglihatanmu terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya sehingga engkau arif dengan kehalusan tipu helahnya ketika dia menyesatkan .