Apa yang sahabat-sahabat semua boleh ambil daripada sebahagian ayat-ayat Allah diatas?
Cuba fikir-fikirkan
Setiap ayat,perkataan yang Dia sampaikan kepada Habiballah,Muhammad SAW di antara perantaraan Malaikat Jibril ini ada mesejnya yang tersendiri..Cuma manusia yang hanya mahu memikirkannya,beriman kepadaNya sahaja akan cuba memahami,mentafsir,mengamalkan,mengambil pengajaran dan seterusnya menyebarkannya kepada manusia-manusia yang lain di muka bumi..
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."
(al-Anfal:2)
Berprasangka?Mencari-cari kesalahan orang lain?menggunjing(seperti menggosip dengan kata lainnya) sebagian yang lain?
Kenapa Allah begitu menegaskan perkara-perkara diatas?
Bukankah perkara-perkara tersebut hampir kepada fitnah?Yang mana dosanya lebih besar dari membunuh..
Nauzubillahiminzaliik
Itulah kelemahan manusia.Sentiasa mengharapkan kelebihan,kesenangan yang berpanjangan dari kekurangan orang lain mungkin.Tanpa memikirkan orang yang di rendah-rendahkannya dan juga Allah mungkin.Walaupun terdetik dihati eseorang sekalipun sesaat mungkin walaupun tidak dizahirkan perkara-perkara tersebut TETAP Dia Maha Mengetahui segala-galanya.
Fikirkan bersama
Sempurnakah diri kita ini?
Hebatkah diri kita ini?
Pandaikah kita ini?
Tidak pernah berbuat salah kita ini?
Sampai kita sendiri sangggup berprasangka buruk,merendah-rendahkan orang lain termasuklah saudara seagama kita sendiri
Janganlah kita jadi umat yang sebegini yang rugi didunia dan yang lebih diakhirat,
"Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau dia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula dia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah dia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah dia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata."(al-Hajj:11)
Sama-sama kita memuhasabah diri kita yang serba kekurangan ini dan sentiasalah kita memohon,berdoa agar terpelihara dari perkara-perkara tersebut yang semestinya akan menghapuskan segala kebaikan yang pernah kita lakukan.Alangkah ruginya.
:Ku hanya mengharapkan redhaMu,Ya Rabb :
4 comments:
ayat2 yg bermakna sbg renungan dan utk difikirkan bersama..=)
sama2 kita ambil ibrah atau pengajaran dari penegasan ayat-ayat Allah tersebut insyaAllah...moga kita terpelihara dari sifat-sifat yang dikeji oleh Nya
insyaAllah...taruk la lagi nazrul ayat-ayat yang best dipetik dari Al-Quran...
insyaAllah maher=)
Post a Comment