Bismillahirahmahirahim...
Diri ini ingin mencari semula kekuatan,
Kekuatan yang hilang tanpa dikesan,
Diri ini terlalu mudah untuk futur padaNya,
Tidak mahu menjadi fitnah di dalam jalan yang mulia ini,
Hidup perlu diteruskan,
Perjuangan mesti dihidupkan dengan mencari semula ruh-ruh yang memberi anjakan,
Hati ini perlu teguh,perlu kuat,perlu sentiasa dihidupkan dengan nyalaan iman,
Kesedihan cuma mengundang kelemahan,
Kaki ini perlu melangkah,
Perlu bertempiaran di hamparan muka bumiNya ini,
Menyebarkan yang Haq,
JanjiNya itu pasti,
Yang Islam itu pasti dipuncak,
Cuma adakah kita salah seorang daripadanya?
Larikan dirimu dari jahiliyyah,
Dekatkan hatimu pada Rabb,
Moga Dia memberi kekuatan pada diri ini
Ikhlas coretan dari hati yang kembali mencari(Nadzrul)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Time
Man ana
- NadzSina
- Ahlan wa sahlan, Diri ini diberi nama MOHD NADZRUL SHAH BIN MOHD JUNIT.Lahir sebagai khalifah ke-2 dari 4 hasil baitul muslim MOHD JUNIT BIN ALI dan NORIZAN BINTI HASHIM.Sekarang merupakan pelajar perubatan tahun ke-5 di Volgograd State Medical University,Russia.Cita-cita tertinggi:memasuki Syurga Allah.Bercita-cita menjadi seorang kader da`wah yang setia dalam membina semula Islam diseluruh alam.Dalam bidang perubatan pula ingin menjadi seorang "Neurosurgeon" jika diizinkanNya.
4 comments:
Nadzrul,
Hidup ini sememangnya sukar. Tiada yang mudah. Tapi kita perlu ingat, sukarnya itu bukan milik kita seorang, tapi orang lain juga akan merasainya. Kerana orang lain juga manusia, dan kita semua manusia, dan kita semua berada dalam kehidupan ini. Sekiranya kita tidak mahu orang lain merasaikan kesukaran hidup ini, sebenarnya tanpa kita sedari kita sudah menyusahkan dirinya. Jadi inilah kepentingan hidup bersaudara, hidup penuh kasih sayang antara satu sama lain. Kita akan tewas, jika kita letakkan kepentingan diri kita melebihi yang lain, meskipun kepentingan itu bagi kita untuk memudahkan yang lain dan tidak menyukarkan. Tapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Setiap langkah kita perlu dijadikan cerminan, untuk kita saling memahami,menghormati,menyayangi. Itulah ukhuwwah fillah yang kekal selamanya.
Sahabatmu.
oh ye,lupa nak bagi semangat kat Nadzrul..Teruskan menulis ye? hehe =P
Syukran ya akhi....diri ini prlu lebih istiqamah =)
Post a Comment